Minggu, 24 Mei 2009
NABI MUHAMMAD SEBAGAI NABI DAN RASUL TERAKHIR
(Muhammad dalam Al-Quran) Nabi Muhammad sebagai rasul terakhir yang diutus Allah berdasarkan firman Allah
dalam Al-Quran: “Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa daripada seorang lelaki di antara kamu, tetapi dia
adalah Rasullullah dan penutup segala nabi-nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah Al-
Ahzab:40)
Dalam sebuah hadis yang sahih Nabi Muhammad SAW bersabda: “Perumpamaanku dan nabi-nabi adalah
seperti seseorang yang membina sebuah rumah. Dia sudah menyempurnakan pembinaannya dan juga memperindah
bangunan itu melainkan di satu tempat yang tiada batu batanya. Setiap orang yang memasuki rumah itu akan berkata:
“Alangkah indahnya rumah ini kecuali di tempat batu bata ini sahaja”. Akulah tempat batu bata itu dan
akulah penutup segala nabi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Nabi Ibrahim pernah berdoa kepada Allah supaya
diutus seorang Rasul kepada penduduk-penduduk Mekah sepertimana dalam Surah Al-Baqarah ayat 129. Allah
memakbulkan doa nabi Ibrahim dengan mengutus nabi Muhammad SAW sebagai rasul seperti yang diceritakan dalam
Surah Al-Anbiya ayat 107. (Muhammad dalam Bible) Kitab-kitab yang diturunkan Allah seperti Taurat dan Injil
mengandungi kisah-kisah yang terperinci mengenai Nabi Muhammad SAW. Allah berfirman: “Orang-orang yang
Kami berikan al-Kitab, mereka mengenal Muhammad seperti mengenali anak-anak mereka sendiri.” (Surah Al-
Baqarah:146) Bible yang wujud pada hari ini berbeza dengan Injil yang asal kerana banyak tokok tambah dan
perubahan dilakukan ke atas Bible hari ini. Secara dasarnya,kita tidak boleh mengiktiraf Bible sebagai Kalam Tuhan
secara keseluruhannya. Walau bagaimnapun masih terdapat beberapa ayat di dalamnya yang selari dengan kebenaran
Al-Quran, antaranya yang berkaitan dengan kerasulan Nabi Muhammad. Ramai tokoh daripada kalangan ulama Islam
memanfaatkan ayat-ayat ini sebagai bukti tambahan ketika berhujah. As-Syeikh Said Hawa dan Hamka, sebagai contoh,
sering menukilkan ayat-ayat daripada Bible untuk dimuatkan dalam kitab-kitab tafsir mereka. Apabila ayat-ayat yang
selari dengan Al-Quran berjaya dikeluarkan, ia boleh dijadikan sebagai hujah kebenaran Al-Quran serta modal dakwah.
Dalam Bible, Nabi Muhammad SAW dikenali sebagai Paracletos. Dalam Gospel St. John pada bab 16 ayat 7
disebutkan berkenaan perkataan Nabi Isa yang sudah diterjemahkan mengikut Bible Malaysia alKitab yang dikeluarkan
oleh The Bible Society of Malaysia pada tahun 1996 ialah; “Tetapi apa yang Aku katakan kepada kamu benar:
Demi kebaikan kamu, lebih baik Aku pergi. Jika Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepada kamu. Tetapi jika
Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepada kamu.” Dalam Gospel yang sama pada bab 14 ayat 16-17
disebutkan seperti yang diterjemahkan pada tahun 1993 oleh Bible Indonesia alKitab; “ Aku akan minta kepada
Bapa dan Ia akan memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-lamanya, iaitu
Roh Kebenaran.” Kalimat Paracletos ini kadang kala digantikan dengan kalimah Paraclete namun penggunaan
kedua-kedua kalimat ini adalah baig maksud dan tujuan yang sama. Apa yang jelas daripada ayat-ayat ini ialah Nabi Isa
menyatakan seorang Paracletos akan datang selepas baginda dan dia akan bersama-sama dengan umat manusia untuk
selama-lamanya. Terdapat juga tokoh-tokoh Kristian yang mentafsirkan kalimat Paracletos sebagai ‘Roh
Suci’. Pentafsiran ini jelas bercanggah dengan doktrin agama Kristian yang menetapkan Roh Suci sudah sedia
ada sebab dia adalah Tuhan dalam konsep Tritunggal(Trinity). Justeru, adalah mustahil Roh Suci yang sedia ada akan
datang hanya selepas pemergian Nabi Isa. Dalam buku agama Kristian yang berautoriti bernama Anchor Bible, pada
halaman 1135 disebutkan: “Perkataan parakletos hanya dapat ditemui dalam tulisan-tulisan St. John
sahaja... Secara tradisinya Parakletos ini dikaitkan dengan Roh Suci tetapi tokoh-tokoh seperti Spitta, Delafosse,
Windisch, Sasse, Bultmann dan Beltz mempertikaikan pandangan ini. Mereka mengatakan Parakletos pada asalnya
adalah seorang manusia penyelamat yang kemudiannya disalah tafsirkansebagai Roh Suci.” Kalimat Paracletos
berasal daripada bahasa Yunani Klasik dan perkataan yang lebih tepat dalam Yunani Klasik adalah Periclytos. Dalam
kamus Alexanre’s Dictionnaire Grec-Francais dijelaskan kalimat periclytos berasal daripada suku kata peri dan
cleotis. Apabila dicantumkan ia membawa maksud ‘yang terpuji’. Ada daripada kalangan tokoh-tokoh
Kristian yang berpendapat, Paracletos akhir zaman ialah nabi Isa sendiri dan bukannya nabi Muhammad. Pendapat ini
tidak boleh diterima oleh beberapa sebab, diantaranya: Paracletos ini akan membawa ajaran yang baru daripada
Tuhan. Perkara ini disebutkan dalam Isaiah 42:9-12: “...Sekarang Aku akan memberitahu kamu hal-hal baru
sebelum semua itu berlaku. Nyanyikanlah lagu baru bagi TUHAN; pujilah Dia, hai seluruh bumi! Pujilah Dia, hai laut dan
semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah;
hendaklah orang Kedar memuji Dia...” Al-Quran adalah ‘nyanyian baru’ daripada Tuhan. Ia wajib
dibaca dengan cara bacaan dan sebutan yang betul dalam bahasa Arab. Isi-isinya mengandungi syariat dan peraturana
yang baru, sesuai dengan suasana akhir zaman. Bahasanya adalah bahasa baru yang boleh difahami oleh manusia,
bukannya bahasa klasik kuno yang tidak digunakan lagi oleh masyarakat masa kini. Nabi akhir zaman bernama
Muhammad dan ia bermaksud ‘Yang Terpuji.’ Baginda pernah dipuji dengan gelaran ‘al-
Ameen’ oleh golongan Quraisy dan bangsa Quraisy adalah daripada keturunan Kedar. Kesemua bukti
menunjukkan kebenaran Nabi Muhammad sebagai Rasul akhir zaman.
Muslim Page...
http:/
0 komentar:
Posting Komentar